Artikel Tentang Nabi

Nabi Muhammad SAW

Muhammad bin Abdullah (Arab/Jawi: مُحَمَّد بنِ عَبدِ ٱللّٰه) (570 M-8 Jun 632 M) merupakan nabi dan rasul yang dipegang umat Islam. Lebih dikenali sebagai Muhammad (Arab/Jawi: مُحَمَّد) atau Nabi Muhammad (Arab/Jawi: نَبِي مُحَمَّد), baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam. Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain. Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_SAW

Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim a.s. (Arab dan Jawi: إِبْرَاهِيْم عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ) merupakan nabi dan rasul yang sangat penting dalam agama Islam, dan juga agama lain seperti Nasrani dan Yahudi. Baginda telah diberi gelaran Khalil Ullah iaitu "Sahabat Allah". Selain itu beliau bersama anaknya Nabi Ismail a.s. terkenal sebagai pengasas Kaabah. Baginda juga merupakan salah seorang daripada lima orang nabi Ulul Azmi.

Nabi Isa a.s.

Isa (عِيسَىٰ) merupakan seorang nabi yang penting dalam agama Islam. Dalam Kitab Suci Al Qur'an, ia digelar Isa ibni Maryam atau Isa al-Masih. Kata ini diperkirakan berasal dari bahasa Aram, Eesho atau Eesaa di dalam teks asli yang dibaca (Ye) dan menghasilkan pelbagai perubahan bahasa/loghat sehingga sering disebut sebagai Yesus di Indonesia dan Jesus di peringkat antarabangsa. Jesus Christ atau Yesus Dari Nazareth ialah nama yang umumnya digunakan oleh penganut Kristian untuk menyebutnya, sedangkan orang Arab Kristian pula menyebutnya dengan Yasu' al-Masih (يَسُوع ٱلْمَسِيح).