Elemen Artikel

Nabi Muhammad SAW

Muhammad bin Abdullah (Arab/Jawi: مُحَمَّد بنِ عَبدِ ٱللّٰه; disebut [muhammad] (speaker Icon.svg dengan))(570 M-8 Jun 632 M)[1] merupakan nabi dan rasul yang dipegang umat Islam.[2] Lebih dikenal sebagai Muhammad (Arab/Jawi: مُحَمَ) atau Nabi Muhammad (Arab/Jawi: نَبِي مُحَمَّد), baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam.[3] Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain.[4][5][6][7] Sumber: Wikipedia - Nabi Muhammad SAW

Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim a.s. (Arab dan Jawi: إِبْرَاهِيْم عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ) merupakan nabi dan rasul yang sangat penting dalam agama Islam, dan juga agama lain seperti Nasrani dan Yahudi. Baginda telah diberi gelaran Khalil Ullah iaitu "Sahabat Allah". Selain itu, baginda bersama anaknya Nabi Ismail a.s. terkenal sebagai pengasas Kaabah. Baginda juga merupakan salah seorang daripada lima orang nabi Ulul Azmi.

Nabi Isa a.s.

Isa (عِيسَىٰ) merupakan seorang nabi yang penting dalam agama Islam. Dalam Kitab Suci al-Qur'an, dia digelar Isa ibn Maryam atau Isa al-Masih. Kata ini berasal dari bahasa Arab, Eesha atau Eesau/Esau adalah teks asli yang merujuk pada Yesus dari Nazaret dalam pelbagai perubahan bahasa/loghat. Yesus adalah sebutan yang digunakan oleh umat Kristen, sedangkan orang Arab Kristian pula menyebutnya dengan Yasūʿ al-Masīḥ (يَسُوع ٱلْمَسِيح).